fb fb fb fb fb

Permatang Pauh, Batu Kawan dan Balik Pulau lokasi 'hotspot' PRU15

(Mohd Shuhaily Mohd Zain dalam satu sidang media di Puau Pinang)

GEORGE TOWN, 31 Oktober- Permatang Pauh, Batu Kawan dan Balik Pulau dikenal pasti sebagai lokasi panas di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, ia berikutan insiden yang berlaku pada PRU sebelumnya.

“Sebelum ini terdapat insiden seperti menahan kereta pertugas SPR, menahan kereta pasukan polis, pergaduhan dan sebagainya.

“Saya berharap isu-isu seperti ini tidak akan berlaku lagi, dan PDRM akan memastikan keadaan terkawal dan berharap orang ramai, pengundi menjaga tingkah laku supaya kejadian sama tidak berulang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

73.51% membabitkan 4,514 anggota dan pegawai polis negeri itu dikerahkan bertugas sepanjang PRU15 bagi memastikan kelancaran dan keselamatan rakyat terjamin.

Satu pertemuan dengan calon-calon yang bakal bertanding akan diadakan bagi memberi penerangan yang jelas perihal undang-undang sepanjang tempoh berkempen.

(Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, Ketua Polis Pulau Pinang)

 

Media Baharu