fb fb fb fb fb

Bekas ahli politik ditahan, disyaki terbabit kes pemerdagangan manusia

GEORGE TOWN, 31 Oktober- Bekas ahli politik yang bertanding dalam PRU14, antara 11 individu ditahan reman kerana disyaki terbabit dalam kes pemerdagangan manusia.

Kes eksploitasi buruh tersebut dibongkar menerusi beberapa siri serbuan di Pulau Pinang dan Kedah sejak 27 Oktober lepas.

Lelaki berusia 50-an bergelar Datuk itu diberkas malam semalam, susulan penahanan lapan lelaki dan dua wanita berusia 22 hingga 60 tahun pada Khamis lepas.

Dia dipercayai pengasas pusat pemulihan dadah dan alkohol.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain pemeriksaan mendapati pusat berkenaan tidak mempunyai permit sah.

(Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain)

Hasil siasatan, mangsa terdiri daripada individu yang mendapatkan rawatan ketagihan dadah dan alkohol di pusat terbabit.

Mereka dipaksa bekerja di kedai makan, kedai kayu, pusat cuci kereta dan tidak dibayar gaji atau diberi cuti.

"Bekas ahli politik yang telah bertanding pada PRU14 di peringkat Parlimen dan juga DUN namun beliau kalah kedua-dua tempat dan juga hilang wang pertaruhan.

"Saya tidak mahu perkara ini kemudian dipolemikkan sebagai satu tindakan bertintakan politik dan sebagainya, ia jelas dan ketara bermula daripada siasatan yang menunjukkan bahawa adanya kesalahan antipemerdagangan manusia, jadi tidak timbul lagi soalan atau pun polemik2berbentuk politik," katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar di IPK Pulau Pinang, di sini hari ini.

Media Baharu