fb fb fb fb fb

Tragedi Itaewon: PM ucap takziah kepada Korea Selatan

(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- Perdana Menteri mengucapkan takziah kepada rakyat Korea Selatan berhubung tragedi rempuhan ketika berlangsungnya pesta Halloween di daerah Itaewon, pada Sabtu lepas.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata doa dan simpati rakyat Malaysia bersama mangsa dan keluarga mereka.

"Bagi pihak Kerajaan dan Keluarga Malaysia, saya merakamkan ucapan takziah kepada Korea Selatan atas insiden rempuhan pada pesta Halloween di Itaewon, pada 29 Oktober.

"Malaysia turut bersedih atas tragedi itu. Saya mendoakan semoga keluarga mangsa tabah menghadapinya," kata beliau menerusi hantaran di akaun Twitternya.

(Orang ramai memberikan penghormatan kepada mangsa yang terkorban
dalam tragedi rempuhan di Itaewon, Sabtu lepas/Foto AFP)

Jumlah mangsa korban rempuhan di Seoul meningkat kepada 154 orang, termasuk 26 warga asing.

Tragedi itu berlaku apabila sekumpulan besar peserta parti Halloween bersesak-sesak memenuhi lorong selebar 3.2 meter di daerah hiburan terkemuka Seoul.

Media Baharu