fb fb fb fb fb

Seludup ketum guna van logo JBPM, anggota bomba berdepan tindakan tegas

KOTA BHARU, 31 Oktober- Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan yang dipercayai terbabit dengan penyeludupan daun ketum menggunakan van yang diubah suai logo dan warna jabatan itu akan dikenakan tindakan disiplin termasuk dibuang kerja.

Pengarahnya, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Zainal Madasin berkata pihak jabatan memandang serius dan tidak akan berkompromi anggota yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan nama dan imej jabatan.

"Kita tidak berkompromi, kita tidak bagi muka kepada anggota-anggota...tidak kira anggota ke, pegawai, pegawai kanan, kita akan ambil tindakan tegas.

"Sasaran saya kalau betul-betul memang berlaku tindakan macam ini, keputusan kita ambil tindakan tatatertib seterusnya buang kerja," katanya.

(Pengarah JBPM Kelantan, Penolong Pesuruhjaya Bomba (PPjB) Zainal Madasin)

Beliau menyatakan demikian pada sidang media di Ibu Pejabat JBPM Kelantan di Tunjong, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Zainal berkata pihaknya turut akan mempertingkatkan kekerapan program pemutihan dengan kerjasama ibu pejabat dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ini bagi mengenalpasti anggota yang melakukan kesalahan disiplin selain mengekang perkara sebegini berulang.

Media Baharu