fb fb fb fb fb

Kurangkan beban muzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian

(Persembahan kumpulan 'busker' di ibu negara)

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- Kebajikan pemuzik jalanan atau 'buskers' terus mendapat perhatian kerajaan berkaitan kadar bayaran permit, sewaan tapak dan isu royalti.

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin meninjau sendiri lokasi tumpuan Buskers di ibu negara.

Menurut beliau beberapa siri perjumpaan telah diadakan sebelum ini bagi mencari penyelesaian dan mengenalpasti bidang kuasa untuk menangani isu yang diketengahkan.

"Sekarang, kita tengah berbincang untuk membuat perbadanan muzik di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).

"Tetapi hak cipta itu di bawah KPDNHEP. Kita juga tengah berbincang kementerian mana yang patut bertanggungjawab. Kalau ada, dapatlah kita letak di bawah kementerian mana."

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Sesi Santai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia bersama Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia.

Bagi Presiden Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia, Aizad Azman, komuniti Buskers amat berterima kasih kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mengenakan kadar bayaran permit yang berpatutan namun timbul isu permohonan lesen daripada beberapa PBT lain.

Menurutnya, "ada pihak yang mencadangkan untuk mendapatkan permit dan lesen perkara ini mendatangkan kekeliruan kepada kami."

Menurut Zahidi, K-KOMM telah menyalurkan dana dengan kerjasama MyCreative Ventures melalui program-program melibatkan komuniti Buskers bagi membantu perniagaan dan penggiat industri kreatif yang terkesan akibat COVID-19.

(Datuk Zahidi Zainul Abidin, pada program Sesi Santai bersama
Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia)

 

Media Baharu