fb fb fb fb fb

PRU15: Parti politik, calon perlu tunjuk teladan baik, amal langkah keselamatan ketika berkempen

PUTRAJAYA, 31 Oktober- Parti politik dan calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti diseru supaya menunjukkan teladan yang baik.

Ini termasuk mengamalkan langkah keselamatan ketika berkempen.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin turut menasihati rakyat supaya sentiasa berwaspada dan lebih berhati-hati terutama menjelang kempen pilihan raya.

(Rakyat turut dinasihati supaya sentiasa berwaspada dan lebih
 berhati-hati terutama menjelang kempen pilihan raya/Foto fail RTM)

Menurutnya, negara sedang berdepan kenaikan kes COVID-19 dan masih berada dalam fasa peralihan ke endemik.

"Berhati-hati dan berwaspada, lebih-lebih lagi kita akan masuk ke dalam peringkat kempen bagi PRU nanti.

"Ini akan melibatkan banyak majlis yang dihadiri oleh orang ramai yang akan melibatkan banyak pergaulan orang ramai dan masyarakat setempat," katanya.

Beliau menyatakan demikian dalam sidang media khas COVID-19, di sini hari ini.

Media Baharu