fb fb fb fb fb

EMWatch, inisiatif pesakit dapatkan rawatan susulan

(EMWatch perkhidmatan teleperubatan dan pemantauan pesakit selepas discaj)

KUALA LUMPUR, 31 Oktober- Seramai 926 pesakit telah menggunakan perkhidmatan teleperubatan dan pemantauan pesakit selepas discaj ataupun EMWatch sejak diperkenalkan di Jabatan Kecemasan Trauma Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Sungai Buloh pada 8 februari 2021.

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, EMWatch merupakan inisiatif untuk memudahkan pesakit mendapatkan khidmat rawatan susulan dengan selamat tanpa hadir ke hospital.

Menerusi EMWatch, pesakit boleh mendapatkan surat rujukan hospital, keputusan perubatan seperti ujian darah, imbas CT dan sebagainya.

Inisiatif itu sekali gus dapat mengurangkan kesesakan dan berupaya mengosongkan kubikel untuk keutamaan pesakit yang lebih kritikal.

(Khairy Jamaluddin pada Majlis Pelancaran EMWatch di HKL)

Khairy turut menjelaskan, "dengan adanya EMWatch, kita dapat menangani masalah di jabatan kecemasan disebabkan kesihatan mereka boleh dipantau dirumah dan mereka boleh discaj awal daripada hospital.

"Kubikel ataupun katil yang sebelum ini diperlukan untuk pesakit dapat dikosongkan untuk pesakit-pesakit lain."

Beliau berucap sempena Majlis Pelancaran EMWatch di Auditorium Utama, Hospital Kuala Lumpur.

Tambahnya, EMWatch menggunapakai aplikasi kesihatan yang dibangunkan oleh syarikat pemula teknologi temapatan Data8 dengan menggunakan teknologi blockchaun bagu menjamin keselamatan data.

Beliau juga berharap EMWtach dapat dikembangkan ke hospital-hospital lain pada masa akan datang.

Media Baharu