
TAIPING, 15 Oktober – Seramai 55 penduduk daripada 20 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Matang, susulan kejadian ribut di daerah Larut Matang dan Selama, semalam.
RINGKASAN BERITA AI
- Jumlah penghunian di pusat pemindahan berkurangan berbanding catatan tengah hari tadi.
- Pusat pemindahan dibuka pada pukul 6.30 petang semalam.
- Kawasan terjejas termasuk Kampung Changkat Baru Matang, Teluk Kertam, Melawati dan Hujung Matang.
- Setakat 4.00 petang hanya satu PPS masih beroperasi di Perak, tiada pembukaan atau penutupan PPS baharu direkodkan.
Jumlah itu berkurangan berbanding 61 penduduk daripada 21 keluarga yang direkodkan pada tengah hari tadi.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah, PPS SK Matang dibuka pada pukul 6.30 petang, semalam.
Antara kawasan terjejas ialah Kampung Changkat Baru Matang, Kampung Teluk Kertam, Kampung Melawati dan Kampung Hujung Matang.
Setakat pukul 4.00 petang, hanya satu PPS masih beroperasi di Perak dan tiada pembukaan atau penutupan PPS baharu direkodkan.