Ribuan pengunjung meriahkan penganjuran Festival Citra Mutiara 2026

Foto FB JKKN Pulau Pinang

GEORGE TOWN, 12 September – Strategi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pulau Pinang memilih Padang Lebuh Armenian bagi penganjuran Festival Citra Mutiara 2026 terbukti membuahkan hasil, apabila kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO itu dibanjiri ribuan pengunjung tempatan dan antarabangsa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Festival tiga hari menonjolkan kepelbagaian seni warisan dan budaya Pulau Pinang sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
  • Tujuan penganjuran untuk mengangkat apresiasi seni budaya dan warisan setempat, khususnya di zon utara.
  • Acara memaparkan pertandingan boria, permainan rakyat, makanan tradisi dan promosi kraf serta pelancongan komuniti.
  • Pertandingan boria melibatkan 15 kumpulan daripada sekolah, IPTA dan NGO; memberi pendedahan kepada peserta muda dan komuniti.

Timbalan Pengarah JKKN Pulau Pinang Yusri Shamdin berkata penganjuran selama tiga hari itu menjadi medan utama mengetengahkan kepelbagaian seni warisan dan budaya Pulau Pinang sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.

Penganjuran Festival Citra Mutiara ni adalah bertujuan bagi mengangkat elemen apresiasi seni budaya dan warisan setempat, khususnya di zon utara.

“Kita mengangkat elemen seni budaya pelbagai, seperti pertandingan boria, permainan rakyat, makanan tradisi, dan sebagainya untuk kita angkat kembali dan tonjolkan kepada masyarakat dan para pelancong”, katanya.

Antara pengisian utama yang mencuri tumpuan ialah pertandingan boria kategori cilik dan terbuka yang menyaksikan penyertaan 15 kumpulan daripada sekolah, institusi pengajian tinggi awama (IPTA) dan pertubuhan bukan kerajaaan (NGO) sekitar Pulau Pinang, selain aktiviti promosi pelancongan komuniti dan kraf tempatan.

Salah seorang pempamer Rozita Omar berkata penganjuran Festival Citra Mutiara 2026 dilihat memberi peluang kepada pengusaha tempatan, khususnya pengusaha inap desa, untuk memperkenalkan dan mempromosikan produk serta tarikan pelancongan yang terdapat di Pulau Pinang.

Tinjauan kru RTM di lokasi seawal pagi tadi mendapati kawasan Tapak Warisan Dunia UNESCO itu mula dibanjiri pengunjung yang tidak melepaskan peluang menyaksikan keunikan seni budaya tempatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.