fb fb fb fb fb

Restoran nasi kandar dikenakan tindakan, simpan minyak masak

Norena Jaafar

SEMABOK, 2 Mei- Sebuah restoran nasi kandar di Melaka dikenakan tindakan kerana menyimpan minyak masak paket bersubsidi serta melakukan taktik pemindahan ke dalam botol lima kilogram.
 
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka Norena Jaafar berkata, ia merupakan kali pertama modus operandi dilakukan ke atas pemilik kedai makan di negeri itu.

"Minyak paket itu dimasukkan dalam corong minyak dan terus masuk ke dalam botol. Maknanya mereka telah buat satu penipuan. Jadi apabila pasukan kami melakukan pemeriksaan, dia guna minyak untuk dimasukkan ke dalam botol.

"Sedangkan mereka gunakan minyak paket. Jadi tindakan ini slah, dan kita akan buat ini sebagai kes," katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan di sini.

Norena berkata, taktik berkenaan telah dilakukan selama empat bulan dan pihaknya mendapati terdapat 717 kilogram minyak paket bersubsidi dan 337 kilogram tepung gandum.
 
Barang berkenaan disorok di asrama pekerja bagi mengaburi daripada pihak berkuasa.

Kes disiasat bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI