fb fb fb fb fb

Lima kes berkaitan haba direkodkan di Terengganu

Datuk Dr Kasemani Embong

KUALA TERENGGANU, 2 Mei- Lima kes berkitan haba direkodkan di Terengganu masing-masing tiga kes strok haba dan dua kes kelesuan haba. 

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Dr Kasemani Embong berkata, kes itu melibatkan dua anggota tentera, seorang pekerja Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), kanak-kanak sekolah dan warga emas. 

Daripada jumlah itu empat kes telah sembuh manakala satu kes lagi masih dirawat di hospital namun tiada kes kematian direkodkan. 

"Kita mengesyorkan kepada semua masyarakat supaya pastikan minum air yang mencukupi terutama pada musim panas. Elak atau kurangkan daripada melakukan aktiviti di luar rumah.

"Kita syorkan tangguhkan dulu aktivii lasak seperti berkayak berbasikal, maraton di waktu sekarang ini," katanya kepada pemberita di sini.

Pendedahan kepada cuaca panas boleh menyebabkan kesan kesihatan ringan seperti selaran matahari dan ruam pada kulit. 

Sekiranya keadaan tidak dikawal ia akan bertambah buruk sehingga mengakibatkan kehilangan air dalam badan selain menyebabkan kekejangan otot, kelesuan haba, dan strok haba apabila suhu badan meningkat melebihi 40 darjah celsius. 

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI