fb fb fb fb fb

Kemboja, Thailand, Malaysia dan AS sokong Perjanjian Damai Kuala Lumpur

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) selepas majlis Perjanjian Damai Kuala Lumpur di ibu negara/FB PM

KUALA LUMPUR, 16 November – Kemboja dan Thailand, bersama Malaysia serta Amerika Syarikat (AS), menegaskan semula komitmen untuk memastikan pelaksanaan penuh dan berkesan Perjanjian Damai Kuala Lumpur, tanpa melibatkan sebarang bentuk kerjasama perdagangan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata komitmen itu disampaikan semasa perbualannya dengan Presiden AS Donald Trump, Perdana Menteri Kemboja Hun Manet dan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul.

“Saya turut menyambut baik komitmen Kerajaan Kemboja dan Thailand dengan kemajuan signifikan dicapai dalam isu pelucutan periuk api, tanpa melibatkan sebarang bentuk kerjasama perdagangan," kata beliau menerusi laman facebooknya.

Beliau dalam hantaran tersebut turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen peribadi serta peranan aktif Trump dalam membantu menyelesaikan isu berkenaan.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ