fb fb fb fb fb

Kenaikan gaji penjawat awam, PM yakin usul diluluskan di Parlimen

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 2 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Parlimen akan meluluskan kenaikan lebih 13 peratus gaji penjawat awam, yang akan dibentangkan dalam Belanjawan 2025 Oktober ini.

Beliau optimis semua pemimpin parti komponen dalam Kerajaan Madani termasuk Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor juga memberi sokongan penuh terhadap kenaikan itu supaya ia dapat dilaksanakan pada 1 Disember ini.

"Insya-Allah Parlimen akan meluluskan dengan bergaya keputusan kita ini, supaya dapat kita laksanakan pada 1 Disember 2024, yang dikaitkan ialah kenaikan ini rendah, sebab itu saya kata, hendak kritik boleh tapi sabar dahulu, jangan sombong dan angkuh, jangan dengki," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerapan Nilai Murni dan Sambutan Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini.

Anwar turut menyelar kenyataan segelintir pihak yang menentang kenaikan gaji tanpa memikirkan tugasan serta dedikasi penjawat awam semakin bertambah.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN