KUALA LUMPUR, 2 Mei - Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan tanpa belas kasihan rejim Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan dalam perjalanan ke Gaza, semalam.
Wisma Putra dalam satu kenyataan menegaskan Israel mesti bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan memastikan laluan selamat konvoi bantuan kemanusiaan.
"Kegagalan untuk menyediakan laluan yang selamat mencerminkanpengabaian sepenuhnya oleh rejim Israel dalam menjalankan kewajipannya bawah undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Kata Wisma Putra tindakan kejam itu jelas menunjukkan rejim Israel bertindak apati apabila pelampaunya melakukan tindakan keganasan tersebut.
"Pada masa sama masyarakat antarabangsa mempunyai tanggungjawab kolektif untuk memastikan perlindungan orang awam dan perlu memaksa Israel untuk segera menamatkan pendudukan haram dan
keganasan terhadap Palestin," katanya.