BUKIT MERTAJAM, 4 Januari- Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan perintah reman tiga hari terhadap seorang remaja perempuan bermula hari ini untuk membantu siasatan.
Majistret Nurul Ainna Ahmad memerintahkan, remaja 14 tahun yang sudah tidak bersekolah itu direman bermula hari ini sehingga Isnin.
Arahan reman dikeluarkan bagi membolehkan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Semalam remaja terbabit, ditahan polis selepas bertindak menikam perut ibu saudaranya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di Blok E2 Flat Taman Teluk Indah, Perai.
Sebelum ini media melaporkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner (ACP) Helmi Aris menerima maklumat mengenai kejadian melibatkan mangsa berusia 35 tahun ditikam di bahagian perut oleh anak saudaranya pada pukul 11.30 pagi semalam.
BERITA BERKAITAN: