fb fb fb fb fb

Faktor genetik punca rabun pada awal usia

Dr. Nur Hafidza Asiff

KUALA LUMPUR, 4 Januari- Faktor genetik dipercayai menjadi penyebab utama rabun pada awal usia khususnya kepada individu yang mempunyai ibu bapa rabun.

Pakar Oftalmologi, Pediatrik Oftalmologi dan Strabismus, Jabatan Oftalmologi Hospital Selayang, Dr. Nur Hafidza Asiff berkata, risiko rabun menjadi lebih tinggi sekiranya ibu atau bapa menghidap masalah rabun.

"Kalau ibu bapa ada masalah rabun sama ada rabun jauh, kebarangkalian anak dia untuk memakai cermin mata adalah tinggi berbanding dengan anak-anak yang mak ayah diatidak memakai cermin mata.

"Kalau lebih awal anak itu ada masalah dengan penglihatan yang kabur lebih tinggi risikonya untuk mendapat rabun jauh. Ia disebabkan anak-anak ini masih membesar dan bola mata masih dalam proses pembesaran memanjang, jadi kebarangkalian untuk dapat rabun jauh lagi tinggi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu khas program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Angkasapuri Kota Media.

Pada masa sama beliau turut menasihatkan ibu bapa untuk membekalkan anak-anak dengan diet sihat dan seimbang mengurangkan risiko rabun.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI