MANJUNG, 1 Ogos - Seorang remaja lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) ditemui rentung dalam satu kebakaran rumah di Kampung Dato Seri Kamaruddin, di sini, petang tadi.
Komander Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Suhaimi Mohd Suhail berkata mayat mangsa berusia 15 tahun itu dijumpai di atas katil dalam bilik rumah tersebut.
"Panggilan kejadian diterima pada pukul 4.11 petang dan pasukan Balai Bomba Penyelamat (BBP) Setiawan digerakkan ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, kita dapati api marak memusnahkan rumah hampir 80 peratus," katanya menerusi kenyataan.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.