fb fb fb fb fb

Remaja maut, rakan parah, motosikal ditunggang rempuh belakang lori

GURUN, 18 Disember- Seorang pelajar maut, manakala rakannya cedera parah apabila motosikal yang ditunggangi merempuh sebuah lori di kilometer 91.2 Lebuhraya Utara–Selatan arah selatan malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.48 malam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy Che Hassan berkata, mangsa, Nur Irfan Syahril Abdullah, 15 tahun yang membonceng motosikal berkenaan parah dibahagian kepala dan meninggal dunia dilokasi kejadian.

Manakala rakan mangsa, Mohd Zaid Izzuddin Mohd Rizal, 18 tahun yang menunggang motosikal tersebut cedera parah di bahagian kepala.

(Keadaan motosikal mangsa yang remuk selepas melanggar belakang
sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan)

ACP Zaidy berkata, siasatan mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa yang bergerak dari arah Alor Setar menghala ke Butterworth merempuh lori berkenaan yang berhenti dilorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

Ketika kejadian suasana gelap kerana tiada lampu jalan.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk bedah siasat, manakala rakan mangsa yang cedera parah dihantar ke zon merah hospital yang sama untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Media Baharu