fb fb fb fb fb

Kawasan perkhemahan dan percutian berisiko tinggi di Kedah dicadang tutup sementara

ALOR SETAR, 18 Disember - Sepanjang musim tengkujuh ini, kawasan perkhemahan dan percutian yang berisiko tinggi di Kedah dicadangkan ditutup sementara waktu, bagi mengelakkan berlaku sebarang kejadian tidak diingini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya negeri Mohd Firdaus Ahmad dalam satu kenyataan berkata, Bahagian Pelancongan sedang mengutip data berkaitan jumlah kawasan perkhemahan dan percutian yang berisiko untuk dikemukakan kepada Mesyuarat Exco pada Rabu ini.

"Saya akan kemukakan kertas cadangan ini kepada Exco untuk dapatkan keputusan Rabu ini dan insya-Allah akan diadakan sidang media untuk pemakluman selepas Mesyuarat Exco," katanya.

(FOTO HIASAN)

Orang ramai dinasihatkan supaya memilih lokasi percutian berisiko rendah yang lebih selamat sekiranya ingin bercuti bersama keluarga buat sementara waktu ini, kata beliau lagi.

Media Baharu