fb fb fb fb fb

Remaja lelaki maut tercampak dari jambatan

NILAI, 28 November- Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun maut selepas tercampak dari jambatan setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Besar Nilai-Pajam, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Abdul Malik Hasim berkata, kejadian berlaku pada pukul 1.57 pagi dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederan parah di badan dan kepala setelah tercampak dari jambatan berketinggian 30 meter.

“Siasatan awal mendapati, kereta tersebut yang sedang dalam perjalanan dari arah Bandar Baru Nilai menghala ke arah Pajam telah bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa dari arah bertentangan yang secara tiba-tiba masuk ke laluan kereta berkenaan.

(Foto fail)

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak dari jambatan manakala pemandu kereta iaitu lelaki berusia 29 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Media Baharu