fb fb fb fb fb

Banjir: Dua PPS masih dibuka di Perak

(Kediaman penduduk terjejas banjir di Perak)

PERAK, 28 November- Penduduk terjejas banjir di Perak menunjukkan trend menurun dengan melibatkan 199 penduduk daripada 63 keluarga di daerah Larut Matang dan Selama (LMS).

Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di daerah berkenaan iaitu PPS Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai di Manjung dan PPS SAR Syafie di Batu Hampar.

Seramai 182 penduduk daripada 57 keluarga ditempatkan di PPS SAR Serai, manakala 17 penduduk daripada enam keluarga di SAR Syafie.

Dalam perkembangan berkaitan, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Abd Rahman Talib (SMART) di Teluk Intan ditutup selepas banjir surut sepenuhnya.

 
(PPS SMART ditutup selepas banjir surut sepenuhnya)

Media Baharu