fb fb fb fb fb

Rangkuman banjir di tiga negeri

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 28 November- Portal infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan keseluruhan 323 penduduk terjejas banjir ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS), setakat pukul 10.30 pagi ini.

Ia melibatkan negeri Perak, Selangor dan Pahang.

Di Perak, PPS Sekolah Agama Rakyat (SAR) Imam Shafie Batu Hampar, Larut, Matang dan Selama menempatkan 17 penduduk daripada 6 keluarga.

182 penduduk daripada 57 keluarga pula dipindahkan ke SAR Padang Serai, Manjung.

Di Selangor, PPS Sekolah Kebangsaan Bandar Baru masih dibuka, yang menempatkan 56 penduduk daripada 16 keluarga.

Manakala di Pahang seramai 68 orang daripada 13 keluarga masih berada di dua PPS.

Ia melibatkan PPS Dewan Dato Sri Adnan Yaakob dan PPS SK Tersang di Raub.

(FOTO FAIL)

Media Baharu