fb fb fb fb fb

Angin kencang landa utara esok - MetMalaysia

(MetMalaysia)

KUALA LUMPUR, 28 November- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan cuaca signifikan bermula esok sehingga 4 Disember depan.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, berdasarkan analisis model-model cuaca, angin timuran kencang dijangka tertumpu di Sabah dan kawasan Pantai Timur serta utara Semenanjung bermula esok sehingga 4 Disember depan.

"Keadaan ini menyebabkan peningkatkan lembapan dan berpotensi menghasilkan hujan berterusan di kawasan berkenaan sepanjang tempoh tersebut," jelasnya dalam satu kenyataan.

MetMalaysia memaklumkan pihaknya sedang memantau keadaan berkenaan dan akan mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan peringkat waspada sekiranya perlu.

“Pada masa yang sama, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang masih dijangka berlaku di negeri-negeri lain di Semenanjung serta kawasan pedalaman negeri Sarawak pada sebelah petang dan awal malam,” jelasnya lagi.

MetMalaysia turut menasihatkan orang awam untuk sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat terkini dan sahih.

(Foto hiasan)

Media Baharu