fb fb fb fb fb

Remaja lelaki ditemukan lemas di kawasan rekreasi air terjun Kampar

KAMPAR, 6 September- Seorang remaja lelaki ditemui lemas di kawasan rekreasi Air Terjun Batu Berangkai di Kampar, Perak.

Mangsa Luqman Hakim Ismail Sukri, 16 tahun yang tenggelam di air terjun itu berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam.

Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.52 pagi.

Sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar yang tiba di lokasi kejadian bagi memberi rawatan CPR gagal untuk menyelamatkan mangsa.


(Sepasukan BBP Kampar ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa)

Hasil pemeriksaan ke atas badan mangsa tidak menemui sebarang kesan-kesan berlaku jenayah kekerasan.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kampar untuk tujuan bedah siasat.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan datang ke lokasi tersebut untuk beriadah bersama tiga lagi rakannya.


Media Baharu