fb fb fb fb fb

Baling dilanda banjir lagi, dua PPS dibuka

BALING, 7 September- Banjir kembali melanda daerah Baling, Kedah petang tadi apabila hujan lebat hampir dua jam melanda beberapa buah kampung di daerah itu.

Antara yang terjejas ialah Kampung Iboi, Kampung Bendang Padang, Kampung Hangus, Kampung Sg Batu dan Taman Bayu Sejahtera.

Dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir dibuka bagi menempatkan 30 buah keluarga.

Ketua Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Kapten Pertahanan Awam Saifuddin Abdullah berkata dua PPS yang dibuka ialah di Dewan Padang Empang yang menempatkan 22 buah keluarga manakala PPS di Masjid Kg Hangus menempatkan lapan keluarga terjejas.

Sehingga pukul 11.00 malam tadi bilangan penduduk terjejas banjir di kawasan tersebut yang ditempatkan di dua PPS berkenaan masih dikemaskini.

Kapten PA Saifuddin berkata operasi menyelamat penduduk yang terjejas masih diteruskan.

Bantuan menyelamat turut melibatkan beberapa agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Pejabat Daerah Baling, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan RELA.


(Banjir melanda daerah Baling susulan hujan lebat petang tadi selama dua jam)

Media Baharu