fb fb fb fb fb

Elaun bulanan penjawat awam berkhidmat di luar negara dinaikkan - PM

PUTRAJAYA, 7 September- Kerajaan bersetuju untuk menaikkan elaun bulanan bagi penjawat awam berkhidmat di luar negara yang menguasai dan menggunakan bahasa asing dalam menjalankan tugas rasmi mereka berkuatkuasa 1 Januari 2023.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kenaikan itu bagi menggalakkan diplomat menguasai bahasa asing selaras dengan keperluan menjalankan urusan rundingan diplomatik dan perdagangan dengan negara lain.

"Walaupun sebuah negara kecil, saya yakin dengan pengalaman dan kepakaran yang ada pada para diplomat kita, Malaysia mampu untuk memainkan peranan yang unik dan tersendiri untuk mengingatkan dunia supaya bekerja sebagai sebuah keluarga dalam mendepani cabaran global semasa Keluarga Malaysia," kata Ismail dalam ucaptama dan Perasmian Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia, di sini.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian dalam ucaptamanya hari ini di
Putrajaya sempena Persidangan Ketua-Ketua Perwakilan Diplomatik Malaysia)

Dalam pada itu, Datuk Seri Ismail telah mengarahkan semua urusan surat- menyurat menggunakan Bahasa Melayu termasuk yang melibatkan urusan luar negara.

"Saya sendiri telah mengutus surat kepada pemimpin-pemimpin dunia yang ditulis dalam Bahasa Melayu dengan disertakan terjemahan Bahasa Inggeris. Begitu juga penggunaan Bahasa Melayu sewaktu penyertaan saya dalam pelbagai mesyuarat antarabangsa yang lain," tambahnya.

Media Baharu