fb fb fb fb fb

PM ucap tahniah kepada Truss atas pelantikan sebagai PM UK

KUALA LUMPUR, 6 September - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Mary Elizabeth Truss di atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu.

"Saya berharap agar hubungan dua hala Malaysia-UK akan terus terjalin untuk kesejahteraan rakyat kedua-dua negara," katanya menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya.

Ismail turut mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada Liz Truss

Mary Elizabeth Truss atau Liz Truss, 47 tahun, dilantik sebagai Perdana Menteri Britain yang baharu semalam selepas memenangi undian kepimpinan dalaman bagi parti Konservatif.



Truss, menggantikan Boris Johnson sekali gus menjadi Perdana Menteri wanita ketiga UK selepas Margaret Thatcher dan Theresa May.

Media Baharu