(Foto hiasan)
BENTONG, 16 Mei- Seorang remaja berusia 17 tahun dikhuatiri lemas dibawa arus semasa mandi sungai di Kampung Orang Asli Gabong, Bentong.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian menimpa Muhammad Syafiq Akmal Zaidi pada pukul 5.10 petang tadi.
Mangsa yang beralamat di Felda Lakum, Temerloh difahamkan ke sungai itu bersama tiga orang rakannya.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diaktifkan petang tadi, melibatkan 10 anggota termasuk lapan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong.

(Operasi SAR remaja yang dilaporkan hilang dibawa arus ketika mandi di sungai berhampiran D'kasai Riverside (Monkey Rock) Kampung Orang Asli Gabong, Bentong/ Fb Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang)