fb fb fb fb fb

15 kes berkaitan cuaca panas direkodkan

KUALA NERUS, 16 Mei- Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas direkodkan di seluruh negara.

Daripada jumlah itu satu kematian dilaporkan, manakala selebihnya menerima rawatan di semua fasiliti kesihatan.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata keadaan terkawal dan tidak memerlukan pengisytiharan darurat.


(Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa/BERNAMA)

Namun begitu, pihaknya sentiasa bersiap sedia berhadapan situasi luar jangka.

Tindakan lebih drastik akan diambil termasuk menutup sekolah, sekiranya berlaku cuaca panas selama tiga hari berturut-turut.

"Kita pastikan di setiap hospital bersedia dari sudut rawatan ke atas mana-mana pesakit yang masuk akibat strok haba. Strok haba yang selalu dikesan. Kesan lain seperti kekejangan haba dan sebagainya.

"Jadi memang kita telah membuat taklimat dan pihak Ketua Pengarah Kesihatan dan juga Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan juga telah melihat perkara ini dan telah memastikan bagi kita peka kepada hospital, pengarah negeri bersedia setiap masa jika ada kes berlaku haba melampau", katanya selepas Sesi Town Hall Kertas Putih Kesihatan Zon Timur di Kuala Nerus.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Datuk Dr Kasemani Embong.

Media Baharu