(Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Agensi 2023, Menara MITI)
KUALA LUMPUR, 16 Mei- Pusat bagi Revolusi Perindustrian Keempat Malaysia (Malaysia Centre for 4IR) dijangka dapat menarik pelabur asing.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia dilengkapi ekosistem penuh rantaian bekalan tenaga kerja termasuk pembekalan, perkhidmatan dan penyelenggaraan yang diperlukan syarikat multinasional.
Kedatangan pelabur asing juga secara tidak langsung turut memacu pelaburan langsung domestik bagi menyempurnakan kerja-kerja ekosistem tersebut.
(Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz)
"Jadi penting bagi industri untuk bersedia kerana apabila pelaburan masuk, kita mahukan keseluruhan ekosistem dan rantaian bekalan terutamanya perusahaan kecil dan sederhana turut terlibat", katanya kepada media di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri MITI.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan penubuhan Malaysia Centre for 4IR, sebuah pusat bebas dalam ekosistem global Forum Ekonomi (WEF) yang akan menumpukan kepada dua keutamaan iaitu transformasi digital dan GovTech serta peralihan tenaga.