fb fb fb fb fb

Rejimen 504 Askar Wataniah Kem Bukit Keteri tuan rumah Sidang Komander Askar Wataniah siri 33/2022

(Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman)

KANGAR, 28 Oktober- Sidang Komander Askar Wataniah (SKAW) yang merupakan persidangan tahunan yang telah bermula dilaksanakan sejak 1996 diteruskan sehingga kini.

Siri 33/2022 yang bermula hari ini sehingga 30 Oktober akan berlangsung di Universiti Malaysia Perlis yang dipengerusikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohammad Ab Rahman.


(Komander Rejimen 512, Tengku Seri Temenggong Raja Terengganu, Brigedier Jeneral Datuk Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah)

Sidang dihadiri oleh semua komander Rejimen Siri 500 dan Pakar Askar Wataniah, dikoordinasikan dan diterajui Komander Rejimen 504, Brigadier Jeneral, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang dilantik sebagai pasukan penganjur semasa Sidang Komander Askar Wataniah Siri 32/2022.

Persidangan ini diadakan bagi mendapatkan maklum balas mengenai aspek latihan, pentadbiran dan logistik dalam pasukan Rejimen Siri 500 Askar Wataniah dan Pasukan Pakar Askar Wataniah.

Antara aktiviti yang bakal dilaksanakan sepanjang sidang ialah Mesyuarat Komander-Komander Askar Wataniah, Projek Pertanian Diraja, Projek Pembangunan Kem Ratanapol Hatyai, lawatan ke Festival Pusat Membeli Belah, lawatan ke Pasar Terapung Khlong Hae dan kayuhan serta sumbangan asnaf di Kampung Warna Warni, Kuala Perlis.

Antara komander yang berangkat ialah Komander Rejimen 505, Kolonel Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Komander Rejimen 512, Tengku Seri Temenggong Raja Terengganu, Brigedier Jeneral Datuk Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah .

Selain itu, Komander Rejimen 508, Brigadier Jeneral Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz; Komander Rejimen 512, Brigadier Jeneral Datuk Seri Tengku Baharuddin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Komander Rejimen 513, Brigadier Jeneral Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Media Baharu