fb fb fb fb fb

KASA peruntuk RM226.7 juta di bawah Rolling Plan 1 dan 2 RMKe-12 bagi projek bekalan air di Kelantan

KOTA BHARU, 28 Oktober- Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) memperuntukkan RM226.7 juta di bawah Rolling Plan 1 dan 2 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi melaksanakan lima projek berkaitan sumber dan bekalan air di Kelantan.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ia termasuk kajian kelangsungan sumber dan bekalan air di negeri itu.

Projek tersebut meliputi kerja kajian dan pelaksanaan Program NRW Negeri Kelantan, Kajian Pembangunan Sumber Air Negeri Kelantan, pembinaan Loji Rawatan Air di Kampung Telok, pembinaan ‘low weir’ di Sungai Pahi dan Sungai Pengkalan Datu.

"Satu kajian sedang kita laksanakan di Machang untuk kita ada satu 'taps' sumber air kita. 'Taps' ini takungan air pinggiran sungai. Sesetengah negeri kita buat dwifungsi. Oleh sebab itu, saya sebut tadi Kelantan juga ada masalah banjir.

Sewaktu bekalan air banyak, kita perlu memanfaatkan penggunaan air tersebut selain menjadi bekalan buat masyarakat," kata Tuan Ibrahim dalam sidang media selepas merasmikan Karnival Alam Sekitar dan Air 2022 @Kubang Kerian Sejahtera di RTC Tunjong, di sini.


(Menteri KASA, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man merasmikan Karnival Alam Sekitar dan
Air 2022 @Kubang Kerian Sejahtera di RTC Tunjong)

Mengulas lanjut, beliau berkata Kajian Pembangunan Sumber Air yang sedang dijalankan itu penting bagi mengenal pasti dan membangun sumber air negeri Kelantan secara optimum.

Dapatan kajian tersebut boleh dijadikan asas bagi memohon pelbagai projek sumber dan bekalan air yang berkepentingan tinggi.

Media Baharu