fb fb fb fb fb

Reformasi institusi: Pasukan petugas khas bakal ditubuhkan

(Datuk Seri Azalina dalam sidang media selepas menutup Forum Hari Hak Asasi Manusia 2022)

KUALA LUMPUR, 13 Disember- Pasukan petugas khas akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi mempersiap cadangan reformasi institusi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata pasukan itu akan dianggotai pemegang taruh dan melibatkan masyarakat awam.

Jelas beliau, cadangan-cadangan berkaitan reformasi institusi akan disenarai dan dibentang kepada Kabinet selepas kajian dilakukan pasukan petugas khas berkenaan.

"Mewujudkan satu pasukan petugas khas sebab bagi saya reformasi institusi ini tak semestinya pada aspek undang-undang sahaja dan kita nak CSO (pertubuhan masyarakat sivil) & orang awam terlibat," kata Azalina dalam sidang media selepas menutup Forum Hari Hak Asasi Manusia 2022 di sini.

Beliau turut mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Undang-Undang yang bebas daripada Jabatan Peguam Negara.

(Datuk Seri Azalina Pasukan petugas khas akan ditubuhkan dalam masa terdekat bagi
mempersiap cadangan reformasi institusi)

Media Baharu