(Datuk Seri Anwar mengadakan pertemuan mahabbah dengan Ulama dan Asatizah/BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 13 Disember- Keterbukaan pandangan dan penerimaan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Anwar Ibrahim mengenai peranan ulama, ilmuwan dan agamawan bukti pemimpin nombor satu negara itu cakna terhadap kepentingan mewujudkan keseimbangan dalam pentadbiran negara.
Pendakwah, Ustaz Nabil Ahmad berkata kerjasama kolektif antara pihak pemerintah dengan pihak yang arif selok-belok agama dapat menjadi asas kepada kemakmuran dan kelancaran perjalanan pentadbiran negara, yang didasari al-Quran dan sunnah.
Malah, ia disifatkan inisiatif terbaik ke arah keharmonian dan kestabilan Malaysia sebagai negara yang mengangkat agama Islam sebagai agama rasmi dengan memerihalkan pentadbiran dan agama sebagai dua komponen utama dalam kepimpinan.
"Kita sebagai rakyat awam, dan juga masyarakat yang berada bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri harus dilihat apa peranan kita bersama untuk memastikan bahawa kelancaran pentadbiran dan juga kebajikan masyarakat dapat direalisasikan dengan dibantu ulama+ulama kita dengan pandangan berasaskan hukum dan berteraskan sunnah," kata Nabil kepada media di sini.
(Ustaz Nabil-Kerjasama kolektif pemerintah-ilmuwan agama asas kemakmuran, kelancaran
pentadbiran negara)