fb fb fb fb fb

RDL: Wow PerakFM dekatkan Jabatan dan Agensi kerajaan dengan masyarakat

KAMPAR, 4 Februari - Penganjuran program Radio di Lokasi (RDL): Wow PerakFM berupaya menjadi medan terbaik mendekatkan Jabatan dan Agensi kerajaan dengan masyarakat.

Exco Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak, Mohd Azlan Helmi berkata program sedemikian memudahkan masyarakat untuk menyelesaikan urusan mereka terutama pada hujung minggu.

"Kebanyakan rakyat jika nak berurusan dengan agensi, mereka terpaksa berurusan pada hari biasa, kebiasaan yang mana pada hari tersebut mereka bekerja, jadi kita minta bantuan semua agensi berhimpun pada hari ini, hari cuti umum di arena tualang sekah ini untuk memudahkan urusan masyarakat dalam dun tualang sekah dan juga kawasan sekitar.

"Mengambil inisiatif daripada usaha yang telah dilakukan oleh menteri besar dan kerajaan negeri Perak terdahulu, saya membawa perkara tersebut di dalam DUN tualang sekah khususnya untuk masyarakat dalam kawasan ini," kata Mohd Azlan ketika ditemui pada Karnival Wow Perakfm 'Tualang Sekah Kita Bersaudara' di Arena Rakyat Tualang Sekah. 

Sebanyak 17 agensi terlibat dalam karnival yang julung kali diadakan di Tualang Sekah.

Selain pameran dan perkhidmatan, turut diadakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyantuni insan kurang bernasib baik di kawasan tersebut.

Media Baharu