fb fb fb fb fb

Kafe Rahmah bakal diwujudkan di IPTA

JOHOR BAHRU, 4 Februari - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersetuju untuk mewujudkan Kafe Rahmah, sebagai usaha membantu mahasiwa golongan B40 membeli makanan dengan harga berpatutan.

Sebagai permulaan, pelaksanaannya melibatkan 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di sekitar Lembah Klang yang dijangka dilancarkan selepas Aidilfitri pada April tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata beliau sudah menghubungi Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan bersetuju untuk bersama-sama menyelaras program tersebut.

"Tetapi oleh kerana ia melibatkan dua kementerian, jelas di pihak yang menyediakan tempat atau premis bawah bidang kuasa pengajian tinggi, di peringkat sediakan menu dan bekalan makanan di pihak KPDN kedua-dua kementerian telah bersetuju pegawai tinggi menyelaras program tersebut," kata Salahuddin di sini.

(Salahuddin bercakap dalam sidang media selepas merasmikan
Menu Rahmah di restoran Samballana Bandar Dato Onn, di sini)

Inisiatif ini akan diperluas dari semasa ke semasa serta ke Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang berminat.

Sementara itu, KPDN akan mengadakan sesi libat urus dengan jenama-jenama rangkaian makanan segera dan pengusaha restoran makanan Cina yang mahu terlibat menjual Menu Rahmah.

Media Baharu