fb fb fb fb fb

PM sembah taklimat kepada Sultan Ibrahim

(Sultan Ibrahim Iskandar berangkat memenuhi undangan Perdana Menteri bagi pertemuan di Seri Perdana, Putrajaya, hari ini/
FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

PUTRAJAYA, 4 Februari- Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan berangkat memenuhi undangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengadakan pertemuan di Seri Perdana, kediaman rasmi beliau di sini, hari ini.

Anwar mempersembah taklimat kepada Sultan Ibrahim berkenaan lawatan kerja ke Singapura pada 30 Januari lalu.

Lawatan ringkas perdana menteri ke Singapura tempoh hari menyaksikan tiga perjanjian dimeterai antara Malaysia dan Singapura meliputi aspek keselamatan siber, digital dan ekonomi hijau.

Dua rangka kerja melibatkan kerjasama dalam ekonomi digital serta ekonomi hijau itu ditandatangani Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan rakan sejawatnya, Gan Kim Yong bagi pihak Singapura.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pula mewakili Malaysia untuk menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mempromosikan kerjasama dari aspek Data, Keselamatan Siber dan Ekonomi Digital.

(Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar)

Media Baharu