fb fb fb fb fb

Fadhlina Sidek luang masa lawat penduduk terjejas banjir di Pulau Pinang

SUNGAI BAKAP, 4 Februari - Dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka menempatkan penduduk terjejas banjir susulan hujan lebat semalam di Pulau Pinang.

PPS pertama dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Bakap Indah, Sungai Jawi pukul 10.00 malam semalam.

PPS ini menempatkan lapan keluarga yang terdiri daripada 13 orang dewasa, lapan kanak-kanak serta tiga warga emas menjadikan jumlah keseluruhan 21 orang.

Penduduk terjejas kebanyakannya merupakan penduduk Kampung Sethu berdekatan Sungai Jawi, Nibong Tebal.

"Air naik tu kira-kira pukul 6.00, ketika itu saya sedang bertugas sebagai RELA, air memang cepat naik, dalam setengah jam suda paras dada,"Zuraini Md Razak

"Masa yang jadi tu anak yang berumur 12 tahun, dia sempat angkat barang rendah sahaja. Kali ni air air tinggi sangat," Ismawani Ishak.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang juga merupakan Ahli Parlimen Nibong Tebal sempat meluangkan masa melawat penduduk banjir di PPS tersebut, hari ini. 

(Fadhlina bercakap kepada pemberita ketika lawatannya di salah sebuah PPS di Pulau Pinang)

"Kita sedang selaras kan, petang ini akan ada mesyuarat penyelarasan agensi kita akan lihat bantuan bantuan sebab saya rasa bantuan yang lain telah cemerlang dilakukan oleh semua agensi, maknanya daripada awal daripada semalam hingga hari ini hingga keluarga ini pulang ke rumah masing-masing dan bantuan susulan akan kami selaraskan daripada Pusat
Khidmat Ahli Parlimen Nibong Tebal. Ini termasuk tentang sekolah dan anak murid kita yang terjejas," kata Fadhlina di sini.

PPS kedua pula dibuka di Dewan Komuniti Kubang Menerong, Tasek Gelugor pada pukul 11.00 malam, dengan 11 keluarga ditempatkan di PPS ini yang terdiri daripada 38 orang.

Dalam kejadian semalam, hujan lebat yang berterusan sejak pukul 4.00 petang menyebabkan beberapa kawasan di Seberang Perai dinaiki air.

Tinjauan RTM mendapati ada sebahagian penduduk sudah mula pulang ke kediaman masing-masing bagi membersihkan rumah.

Media Baharu