fb fb fb fb fb

Gajah liar hadir di Kg Lebur Jaya, Gua Musang, penduduk ketakutan

GUA MUSANG, 4 Februari - Kemuncunlan seekor gajah liar yang berkelakuan jinak dan berkeliaran mengejutkan lebih 100 penduduk di Kampung Lebur Jaya, Kuala Betis, di sini sejak dua minggu lalu.

Penduduk mendakwa gajah liar itu berkeliaran di halaman rumah dan telah memusnahkan tanaman seperti pisang dan kelapa.

Menurut penduduk di situ, gajah berkenaan semakin berani merapati rumah penduduk dan mencari makanan di kawasan berhampiran.

"Petang dalam pukul 5.00 saya tengok dan terkejut juga dia keluar dekat sini. Saya panggil isteri, dia (gajah) pergi separuh jalan dan muncul. Patah balik. Saya lompat dan lari ke dalam rumah. Selamatkan diri. Lama juga dalam setengah jam," kata penduduk Anuar Mustapha.

(Penduduk menunjukkan tanaman yang rosak akibat gajah liar)

"Saya terbuka tingkap dan nampak kelibat gajah tu. Saya buka pintu besar dapur. Apabila saya buka tu saya ternampak dia (gajah) tengah jalan. Kelibat dia tu besarlah. Saya pun terkejut dan terus masuk dalam rumah dan beritahu semua orang, jiran kata ada gajah belakang rumah tu lepas tu jiran pergi dan lepas tu cuba halau, sebab kita cuba halau dan halau. Jiran pun buat bunyi ketuk-ketuk besi suruh bising dia pun pergi," kata Norhayati Ibrahim.

"Jadi kita penduduk di sini rasa ragu-ragu ketakutan duduknya. Kalau boleh kita minta pihak berwajib ambil tindakan atas perkara ini. Jadi kita minta kalau boleh biar dihalau. Buat masa sekarang kami semua takut sebab gajah itu besar," kata Ibrahim Hassan.

Tambah penduduk, gangguan gajah itu adalah pertama kali sejak mereka mendiami Kampung Lebur Jaya lebih 40 tahun lalu.

Media Baharu