fb fb fb fb fb

Nelayan kongsi pengalaman hanyut di perairan Kemasin

(Mat Yaki Mat Ming)

BACHOK, 4 Februari- Seorang nelayan yang ditemukan selamat dengan berpaut pada penutup tong simpanan ais selama selama lebih lapan jam di perairan Kemasin di sini berkongsi pengalamannya.

Mat Yaki Mat Ming dikesan hilang kira-kira pukul 8.00 pagi pada Rabu lalu, selepas bot lampu dan suar yang dinaikinya karam akibat ombak besar, semalam.

Beliau berkata, sebelum kejadian, dia bersama dua lagi rakannya berada dalam bot berasingan dan terpisah ketika masing-masing cuba mengelak daripada dipukul ombak setinggi lebih tiga meter.

Bagaimanapun, bot yang dinaiki Mat Yaki  dipukul ombak di bahagian tepi.

Sebelum botnya karam, dia sempat menghubungi rakan-rakannya menerusi radio satelit bagi memaklumkan keadaannya.

Dia kemudian hanyut sejauh sembilan batu nautika dengan hanya berpaut pada penutup tong ais sebelum diselamatkan rakannya.

Bapa kepada tiga orang anak itu menzahirkan rasa kesyukuran dan kelegaan kerana masih dipanjangkan umur.

(Mat Yaki Mat Ming)

Media Baharu