fb fb fb fb fb

20 KRT di Johor akan ditambah tahun ini

JOHOR BAHRU, 4 Februari - Projek Akuagro Rukun Tetangga Peringkat Negeri Johor dilancarkan bagi mengukuh lagi ekonomi Komuniti Rukun Tetangga (KRT) yang melibatkan tanaman sayuran dan ternakan ikan secara bersepadu.

Hingga kini sebanyak 54 KRT di negeri itu telah mengusahakan inisiatif tersebut termasuk 20 projek tambahan yang akan dilaksanakan tahun ini

Exco Perpaduan dan Kesihatan Negeri, Ling Tian Soon berkata Kerajaan Negeri memberi kerjasama penuh terhadap inisiatif tersebut dan bercadang menambah 20 projek lagi, melibatkan peruntukan RM1.56 juta pada tahun hadapan.

Sebagai pelaksanaan 20 projek berkenaan, kerajaan Johor turut menyumbangkan RM230,000 kepada KRT tahun ini.

Ling bercadang menambah 20 Projek Akuagro RT di seluruh Johor setiap tahun untuk mencapai sasaran 100 projek berkenaan.

(Ling becakap dalam sidang media selepas melancarkan
Projek Akuagro Rukun Tetangga Peringkat Negeri Johor
di Jalan Bacang, Taman Kota Masai, di sini)

"Sebelum mereka mendapat projek tersebut, penggerak mereka akan kita hantar ke kursus bukan sekali, tetapi berkali-kali untuk buat sesi lawatan sambil belajar, kita akan hantar ke bengkel untuk kursus, kita akan ke rakan strategi kita untuk memberi pengetahuan tentang pertanian ini," kata Ling di sini.

Usaha tersebut selaras matlamat Kerajaan Perpaduan iaitu membantu mengatasi masalah kos sara hidup rakyat ekoran ekonomi global yang dijangka serius tahun ini.

Penggerak projek merangkumi golongan pakar seperti pesara bidang professional, jurutera, dan kakitangan agensi kerajaan.

Hasil tanaman dan ternakan dari Projek Akuagro ini dijual terus kepada komuniti setempat dengan harga lebih murah daripada harga pasaran.

Menerusi penglibatan komuniti setempat, inisiatif sekuriti makanan dapat diperkasa secara meluas di Johor seterusnya dapat mengeratkan kerjasama komuniti setempat, menerusi bidang pertanian dan ternakan.

Media Baharu