fb fb fb fb fb

Hasni tawar diri jawatan Naib Presiden UMNO

(Hasni Mohamad)

JOHOR BAHRU, 4 Februari- Ketua UMNO bahagian Pontian, Datuk Seri Hasni Mohamad menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti akan datang.

Beliau yang juga bekas Pengerusi UMNO Johor bertanding jawatan itu kerana masih mahu menyumbang usaha dan tenaga untuk memantapkan parti di semua peringkat.

"Ramai yang tampil tawarkan diri, itu tandanya satu perkara positif kepada parti, selain mengambarkan bahawa pemimpin UMNO tidak meninggalkan perjuangan.

"Walau apa pun diperkatakan terhadap UMNO, mereka yakin dan percaya bahawa UMNO akan terus menyumbang kepada agama, bangsa dan negara," kata beliau ketika ditemui media selepas Mesyuarat Khas Badan Perhubungan UMNO Johor di sini.

Terdahulu, penyandang jawatan itu, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin memberitahu akan pertahan dan bertanding jawatan itu.

Nama lain yang akan bertanding jawatan sama ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

(Hasni Mohamad/Mohamed Khaled Nordin)

Media Baharu