RCI baharu perlu diwujudkan bagi siasat isu TH – RSN Rayer

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mencadangkan supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) baharu ditubuhkan bagi menyiasat secara menyeluruh isu berkaitan Tabung Haji (TH).

RINGKASAN BERITA AI
  • RCI terdahulu dianggap tidak menuntaskan pihak yang harus dipertanggungjawabkan berhubung isu Tabung Haji.
  • RCI baharu perlu meneliti semula keseluruhan perkara dan mengenal pasti pihak bertanggungjawab serta syor tindakan susulan yang sewajarnya.
  • RCI baru boleh mengesyorkan tindakan termasuk membawa mereka yang bersalah ke mahkamah bagi memastikan siasatan telus.

Beliau berpandangan, RCI terdahulu yang dijalankan ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri belum menjelaskan dengan tuntas pihak yang wajar dipertanggungjawabkan berhubung isu berkenaan.

Katanya, RCI baharu perlu meneliti semula keseluruhan perkara itu, termasuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab serta mengemukakan syor tindakan susulan yang sewajarnya.

“Saya menyarankan supaya Yang Berhormat Tambun mengadakan satu lagi RCI kerana saya berpendapat RCI ini tidak sempurna.

“Jika perlu, RCI baharu ini boleh mengesyorkan pihak yang sebenarnya bertanggungjawab dan tindakan susulan, termasuk membawa mereka ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan perkara berkaitan RCI TH pada Sidang Khas Parlimen, hari ini.

Menurutnya, penubuhan RCI baharu penting bagi memastikan siasatan terhadap isu berkenaan dapat dilakukan secara lebih menyeluruh dan telus, sekali gus menentukan bentuk tindakan yang wajar terhadap pihak yang didapati bertanggungjawab.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.