Rayuan BKJ Fasa 4: Johor lulus peruntukan RM47.13 juta kepada 225,545 penerima

Foto fail RTM

JOHOR BAHRU, 28 Ogos – Seramai 235,545 individu di seluruh Johor bakal menerima manfaat menerusi rayuan Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 4 yang melibatkan peruntukan RM47.13 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bantuan akan mula disalurkan bermula minggu ketiga September.
  • Setiap rayuan diteliti dan disemak sewajarnya untuk memberi peluang kepada mereka yang memenuhi syarat.
  • Peruntukan tambahan merangkumi 21 kategori termasuk warga emas, suri rumah, peniaga kecil, OKU, anak yatim dan penggerak komuniti.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelaksanaan rayuan ini dibuat setelah mengambil kira rayuan dan maklum balas yang diterima daripada pelbagai pihak sepanjang pelaksanaan BKJ Fasa 4.

“Bantuan akan mula disalurkan bermula minggu ketiga September.

“Setiap rayuan yang diterima sudah diteliti dan disemak sewajarnya bagi memberi peluang kepada mereka yang memenuhi syarat untuk turut menerima manfaat berkenaan.

“Sekali gus memastikan mereka yang benar-benar layak tidak tercicir,” katanya menerusi satu kenyataan.

Beliau berkata, peruntukan tambahan ini melibatkan 21 kategori penerima termasuk warga emas, suri rumah tidak bekerja, pasangan baharu berkahwin, penjaja dan peniaga kecil, golongan Orang Kurang Upaya (OKU), anak yatim serta keluarga miskin.

Turut menerima manfaat ialah penggerak komuniti, petugas dan sukarelawan.

Tegas Datuk Onn Hafiz, kerajaan negeri akan terus berusaha menambah baik setiap inisiatif dan memperluas manfaat agar lebih ramai rakyat dapat merasai hasil kemajuan dan kemakmuran negeri tersebut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.