fb fb fb fb fb

Ratusan media 'berkampung' di Putrajaya, meriahkan liputan Hari Kebangsaan

Jurugambar mengambil momen indah sekitar sambutan Hari Kebangsaan ke-68 di Dataran Putrajaya

PUTRAJAYA, 31 Ogos – Ratusan pengamal media tempatan dan antarabangsa berkampung di sini sejak awal pagi untuk membuat laporan secara langsung sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68.

Wartawan, jurukamera dan kru produksi daripada pelbagai agensi berita yang menggerakkan liputan bagi membawakan suasana perarakan yang disertai ribuan peserta, diwarnai persembahan pancaragam, aksi udara serta kontinjen keselamatan.

Kehadiran media antarabangsa turut menyerlahkan perhatian dunia terhadap keunikan Malaysia sebagai negara berbilang kaum yang bersatu bawah Jalur Gemilang, sekali gus memperlihatkan citra Malaysia MADANI di persada global.

Segala liputan dalam bentuk berita, foto dan rakaman video menjadikan sambutan penuh warna-warni ini sebagai rujukan serta memori kolektif buat rakyat Malaysia untuk generasi kini dan akan datang.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI