fb fb fb fb fb

Rasuah, Anwar sedia beri kerjasama termasuk disiasat

PERMATANG PAUH, 30 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia memberi kerjasama termasuk disiasat mana-mana pihak berkuasa sekiranya beliau didapati terlibat dalam kes rasuah.

Menurut Anwar, selama tujuh bulan diberi amanah mentadbir negara, tiada satu kepentingan diberikan kepada keluarganya.

Anwar juga mengulangi kenyataan bahawa beliau tidak pernah berdendam dengan sesiapa serta mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat mana-mana individu yang terpalit dengan kes rasuah ketika ini.

"Sesiapa sahaja disiasat SPRM, itu kerja SPRM. Saya tidak arahkan kerana saya tidak mahu memfitnah.Saya sendiri melalui liku-liku hidup yang susah. Jadi apabila ada kuasa, takkan saya nak buat kerja sebegitu (politik dendam), kalau lakukannya maknanya kita serupa sahaja (pimpinan dulu)," katanya ketika berucap pada Kenduri Qurban di Masjid Jamek An-Nur, Guar Perahu, Seberang Perai Tengah di sini.

Beliau turut menegaskan tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana menteri serta timbalan menteri dalam Kerajaan Perpaduan mahupun bekas menteri sekiranya terlibat dalam kes rasuah.

Tegas Anwar, komitmennya untuk membanteras amalan rasuah diterima baik dan tidak pernah dibantah oleh setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan termasuk segala perancangan untuk setiap pembangunan di negara ini.


(Tegas Anwar, komitmennya untuk membanteras amalan rasuah diterima baik dan
tidak pernah dibantah oleh setiap parti dalam Kerajaan Perpaduan  termasuk
segala perancangan untuk setiap pembangunan di negara ini)

Media Baharu