fb fb fb fb fb

EAIC tidak lagi terima aduan PDRM, pegawai bermula esok

(Foto BERNAMA)

PUTRAJAYA, 30 Jun-Aduan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau pegawainya tidak lagi diterima Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bermula esok.

EAIC berkata ini kerana PDRM tidak lagi disenaraikan di bawah Jadual Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) sebagai salah satu agensi penguatkuasaan seliaannya, selaras dengan berkuat kuasa Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022 (Akta 839), esok.

"EAIC akan menyelesaikan semua aduan dan siasatan yang diterima sebelum esok dalam tempoh setahun sehingga 1 Julai 2024 selaras dengan Seksyen 47 Akta 839.

"Sebarang pertanyaan atau aduan oleh orang ramai terhadap PDRM, mulai esok, boleh disalurkan dengan menghubungi Bahagian Keselamatan, Kementerian Dalam Negeri," katanya menerusi kenyataan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu