fb fb fb fb fb

Kekecohan di KLIA, laporan rasmi belum diterima - Loke

SEPANG, 30 Jun - Tiada lagi sebarang laporan rasmi diterima berhubung insiden kekecohan dicetuskan seorang menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 semalam.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata siasatan terperinci akan dilakukan pihak berkuasa lapangan terbang mengenai kekecohan yang berlaku.

(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke)

“Saya belum dapat apa-apa laporan lanjut berkenaan insiden itu, saya rasa pihak berkuasa lapangan terbang akan membuat siasatan terperinci apa yang berlaku.

“Sudah tentu protokol keselamatan perlu dipatuhi, apa pun kita serah kepada pihak berkuasa penerbangan untuk buat siasatan terperinci,” katanya pada sesi sidang media pelancaran MYAirline Double Take-Off di KLIA Terminal 2, di sini pada Jumaat.

Pada 29 Jun, seorang menteri yang didakwa menceroboh masuk ke dewan ketibaan antarabangsa KLIA bagi menyelamatkan seorang warga China ditahan masuk ke Malaysia.

Menteri itu yang mendapat tahu mengenai tahanan wanita warga China telah ke KLIA dan memasuki balai ketibaan tanpa memohon pas.

Media Baharu