BIDOR, 30 Jun- Seorang lelaki berusia lingkungan 40an dikhuatiri lemas di kawasan lombong dekat Jalan Pintasan Teluk Intan, Perak petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.33 petang dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor dikerah ke lokasi kejadian.
"Menurut saksi kejadian, mangsa ketika itu sedang melakukan aktiviti menjala ikan sebelum turun ke dalam lombong berkenaan dan dipercayai lemas.
"Operasi mengesan dan mencari mangsa masih giat dilakukan sehingga kini," katanya menerusi kenyataan.
(Menurut saksi kejadian, mangsa ketika itu sedang melakukan aktiviti menjala
ikan sebelum turun ke dalam lombong berkenaan dan dipercayai lemas)