fb fb fb fb fb

Rangkaian 5G, pemilihan pengendali dijangka selesai akhir tahun ini - Gobind

Foto FB Menteri

KUALA LUMPUR, 2 Julai- Pemilihan pengendali bagi rangkaian mudah alih 5G dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo menjelaskan, proses pemilihan dan menandatangani perjanjian bersama syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan model dwi rangkaian tersebut kini di fasa kedua.

"Perjanjian telah ditandatangani dan telah sempurna. Sekarang berada pada tahap kedua, proses pemilihan dan menunggu keputusan syarikat mana yang terpilih untuk membina rangkaian ini."

"Saya harap ia dapat diumumkan secepat mungkin dan ia dapat diselesaikan sebelum hujung tahun ini juga," kata Gobind kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian di Majlis Pelancaran Pelaburan Emas TNG Digital Sdn Bhd, e-MAS di Kuala Lumpur.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM